Friday, June 18, 2010

PASTIKAN ADA BATERI.

00056





Sebelum aku kenal dengan Rosnah Bob, aku seekor singa laut. Sebelum aku singa laut, aku pucuk pohon kemboja. Sebelum aku pucuk pohon kemboja, aku sekeping kad pakau. Sebelum aku sekeping kad pakau, aku sebuah bot. Sebelum itu, aku pelita. Sebelum pelita, aku pernah jadi kad sim digi. Sebelum kad sim digi, aku pernah jadi macam macam lagi. Dalam banyak banyak objek yang aku pernah jadi, yang paling tabah pernah aku jumpa ialah Rosnah Bob.

Kadang kadang dia terlalu Rosnah, kadang kadang dia terlalu Bob.

Semalam semasa aku di Serdang, dia kata,

" Lain kali, berjalan jauh, pastikan ada bateri yang cukup. "

" Kenapa? "

" Sebab jantung kau, kadang kadang stop. Bila stop, kau tidak boleh kekal dalam bentuk manusia. Aku tak mahu kau jadi selain manusia di depan khalayak. Faham? "

" Faham Rosnah Bob. See you. "




^tamat^

6 comments:

Afe Oth said...

poyo la rosnah bob nee.
nama pon poyo.

AISA. said...

baik si rosnah. gambar tu aku suka. :)

Aizuddin Jaafar said...

Jangan lupa bawa charger sekali.

fatah85 said...

afe - poyo eh? fatah bob poyo tak yak? :P

aisa - baik tapi kasihan. oh gambar. kaki ku di stesen serdang.

aizudin - itu la. boleh terlupa. sepatutnya, bawak cajer, jumpa tempat, cocok. cocok. ambik pengajaran dari orang atas sekali. :)

Afe Oth said...

fatah bob.
ha. lagi poyo. gila poyo.

muahahaha!

hnshzk said...

bi o bi.
aku selalu tengok orang pakai bateri sampai bahan kimia dalam dia meleup.bateri dah keluar cairan.berkarat..tak ada harapan..