00051
Jam dua pagi, ada seseorang ketuk-ketuk pintu. Jatuh habis semua penyangkut tali leher yang aku baru sangkut dua tiga hari lepas. Celaka punya orang.
TOK DAM TOK.
DAM PAK DAM.
PAK TOK PAK.
"Ya ada apa?", aku buka. Aku tidak berbaju hanya berpelekat.
Pipiku basah. Mungkin dijilat Papi (nama Iguana).
"Kamu ada hilang sebiji lemon kuning tak? Saya detektif terlatih. Terkenal di seluruh Malaysia. Merentasi semua selat dan semua lapisan musim."
"Ohh. Tak. Tak. Lemon kuning masih sejuk dalam peti ais. Saya baru beli di Cold Storage semalam. Kenapa?"
"Kalau begitu, ini lemon siapa?"
Detektif yang berjubah coklat seraya menghulurkan tangan. Menunjukkan lemon yang dikatanya kepunyaanku dan hilang.
Dalam kesamaran jam dua pagi, aku nampak lemon yang dihulurnya mengeluarkan kelip-kelip cahaya merah dan berdesing bunyi.
TEEEEEEET.
TEEEEEEEEET.
TEEEEEEEEEET.
TEEEEEEEEEEET.
Itu bom, bukan lemon. Bukan lemon, itu bom. Itu bom, bukan lemon. Ulang lagi lagi. Bukan lemon, itu bom. Itu bom, bukan lemon.
Aku tutup pintu kuat-kuat DUM DUM. Meletup mati detektif tadi.
Celaka lagi, dagingnya terabur dan lemon tadi meletup menjadi wap-wap..
Untuk kali selepas ini, aku takkan buka pintu bila diketuk kasar jam dua pagi. Sebelum kembali ke kamar, aku lihat lemonku dalam peti ais. Masih dingin dan nyaman. Aku ambilnya, letak dalam genggaman, dan kembali tidur.
Esok Cold Storage masih beroperasi, masih boleh aku ke sana mencari apa yang masih berbaki.
^tamat^
6 comments:
x faham tp mim nun alif rik...
hmm kau memang ejen appah. :D
salam...
kata detektif terlatih,bom dgn lemon pun tak dpt beza...
ehe
adakah ini helah pengebom berani mati?
hmm...
tuk tuk tuk.
(jam 4 pagi)
wan - kau memang wan. kau keling.
aisa - aku ejen appah? ni din punya kerja nih. tak pasal pasal jadi ejen dia.
ana - detektif. zaman sekarang ni, yang hebat dan tak hebat. semua sama.
afee - oi. sudah aku bilang, pukul 6 baru aku bangun. datang hantar susu pukul 4 buat apa?
Hahaha, kau boleh join aku menyiasat. Ejen Appah.
Post a Comment