00065
yang mahukan damai, perlukan sebuah kotak bersaiz tivi (tidak ambil kira jenama samsung atau sony atau daiwa). tebuk lubang di tepi sebanyak empat. dua kanan. dan dua kiri.
yang mahukan damai tadi, angkat dan letak kotak saiz tivi tadi di tepi mana-mana sungai di Malaysia. bersih kotor sungai, kes nombor dua.
bila matahari hari mula galak melompat waktu pagi, tika subuh merajuk pergi, dan hawa panas mula menyentuh kulit dan nadi, kau yang mahukan damai, masuklah dalam kotak tivi. tutup. dan duduk senyap. jaga nafas. biar berkala. satu dua satu. pastikan nafas tetap teratur.
dengarkan debur air sungai yang lalu, dengarkan bunyi miaw kucing yang singgah kencing, dan lihat sinar matahari dari kecil lubang yang kau mahukan damai, tebuk tadi. lihat elok elok lurus cahya.
pastikan, tiada manusia lain melihatmu. kerana jika ada, mereka akan kata. kau gila, kau bodoh, kau gagal, kau hodoh, kau gagal, dan tidak patut langsung berpisah dari ke anehan yang merunsingkan.
yang setepatnya, siapa tidak gila. kecuali kucing berbulu gebu, air sungai kelabu, dan cahya yang keorenan.
*
(BULAN JULAI,BULAN BERKABUNG DALAM PUTIH.HARAM MENANGIS)
^tamat^
3 comments:
kenapa ya?
"dengarkan bunyi miaw kucing yang singgah kencing" <--- bunyi belakangnya kool. HAHA.
kenapa berkabung?
aisa - kucing kencing aku tak suka. sungguh.
afbu - berkabung. kiranya satu sambutan. berkabung dalam putih. haram menangis. itu satu sambutan. perayaan perasaan dan hati. :) tiada tangis tangis dalam aku punya berkabung.
Post a Comment