00060
Tuan Azhar pulang. Masuk melalui pintu belakang. Kreeet. Pintu bising kerana engsel yang berkarat.
Perang semalam memutuskan dua kakinya. Dia pulang merangkak kekadang mengengsot kerana unit bantuan semua hancur dimamah peluru yang mampu membunuh walaupun se'little' nyawa kuman.
Dalam perjalanan pulang, sekali Tuan Azhar jatuh dalam longkang. Pedihnya bukan kepalang kerana luka kakinya tidak berbalut apa-apa. Luka parah itu bogel. Nampak daging merah dan tulang putih.
Setiba di dalam rumah, anak isterinya tiada..
Yang hidup cuma kipas di siling. Masih berpusing..
Trr. Trr. Trr..
Perang semalam tidak meragut nyawanya. Tidak dia gembira dan tidak juga berduka. Sejam dia ambil masa menghirup nafas kecungapan. Habis penat, dia mengengsot ke dapur. Membuka peti ais untuk mengambil jus tembikai susu. Kegemaran anak nombor dua.
Aaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrgggggggghhhhhhhhhh........
Tuan Azhar menjerit. Pengsan.
Dalam peti ais ada jasad isteri dan anaknya. Mata mereka memutih. Mereka mati dibekukan. Fros di lidah menunjukkan, mereka sudah lama di dalam peti ais.
Serentak dengan jeritan tadi, Pegawai Sislo menelefon rumah. Selang beberapa saat tidak diendahkan telefon, dia meninggalkan pesan.
"Tuan Azhar, family tuan terpaksa dinyah-hidupkan. Atas arahan tangan gelap dari dalam. Harap Tuan sabar. Dan untuk pengetahuan, perang semalam masih belum tamat. Tuan perlu melapor diri semula dua jam dari sekarang. Harap beri kerjasama."
Tuut. Tuut. Tuut.
Atas nama Tuhan, perang mendurjanakan.
*
Selamat pagi Cik Ti. Hidup untuk mati bukanlah yang terbaik.
*
^tamat^
2 comments:
aduh. mati dlm peti ais.
ada bagus jugak kalau peti ais rosak.
seram nak buka peti ais disebabkan entri ni. ishk.
Post a Comment