00067
“Cikgu, saya nak tanam pohon ros dengan Bo di luar.”
Belum sempat cikgu berpaling ke arahnya, dia sudah berlari ke luar. Mencangkung di sebelah Bo, dan bersama-sama menggemburkan tanah. Mereka bersama menanam ros di bawah panas tengah hari. Tengah hari itu juga, Bo perasan, kain Miang Mei yang dipakai hari ini, birunya pekat. Kain baru.
Belum pernah Bo mengambil kisah tentang kain atau apa apa tentang Miang Mei, tapi hari ini, kain biru Miang Mei mengkaburkan mata Bo.
“Bo, tanam ros pun senyum? Apa la awak ni Bo.” Miang Mei menegur Bo setelah dia melihat Bo tidak habis-habis senyum menguis tanah gambut cokulat.
“Ada tak ros warna biru di dunia ini?”, Bo tanya.
Kerana terkejut dengan teguran Miang Mei, dia termerapu. Termerapu. Akhirnya, kedua-dua mereka tergelak. Ketawa bersama ros yang berpucuk. Dan ros itu tahu, kalau ada ros biru atas dunia ini, satu hari nanti, Bo akan mencari sekuntum untuk diberikan kepada Miang Mei.
Cikgu Wu Lai nampak geram. Bibir dia ketap kerana bagaimana mungkin mereka boleh bersenda gurau semasa didenda. Denda ditambah kerana mereka tergelak. Mereka diarahkan menyiram sebaris pohon bunga pula. Miang Mei, dan Bo Tiak, sikit pun tidak merasa penat dengan denda itu, malah kembali bergelak ketawa bila makin jauh dari kelas. Jauh dari mata Cikgu Wu Lai yang garang.
*
“Booooo, saya tanya ni, majlis tari menari di mana awak nak pergi? Pongge la awak bo. Awak nak menari dengan siapa?”
Ah rupanya dari tadi Bo mengelamun dan dari tadi Miang tunggu jawapan daripada soalannya.
(Maaf Miang Mei. Bo minta maaf)
“Menari. Ohh. Menari dengan Tinker Si Pari Pari. Mungkin.”
Miang Mei sudah menggatih basikalnya ke kedai Pakcik Leng semasa Bo memberikan jawapan. Tidak memandang sikit pun Bo yang memanggilnya sebanyak tiga kali.
Miang Mei cemburu? Habis kau Bo. Habis kau Bo. Hati Bo menyakat geram padan muka. Dan ketika itu, Bo sudah pun terjelupuk duduk termenung. Mungkin Miang Mei cemburu dengan Tinker Si Pari Pari. Aduhai. Bo jadi panik. Dan pening.
*
*
Apa sudahnya Bo bila dia baru tahu Miang Mei suka kan dia?
Apa sudahnya Bo bila Tinker Si Pari Pari itu sebenarnya syaitan yang berubah diri untuk mengajaknya mencuri buah laici kebun Pakcik Leng?
Apa sudahnya Bo bila dia tahu bunga ros yang diselit ke telinganya sewaktu menghantar Miang Mei ke rumah ialah, bukan sekadar ros. Itu ialah sekeping lima puluh sen. Yang ditempa menjadi ros dan sebelum diselit pada telinganya, ros itu dicelup dalam hati Miang Mei yang berbancuh suka. Sikit lagi mahu menjad cuka.
Ketika itu, dada Bo kencang. Dada Miang Mei kencang.
*
Bo, saya suka awak. Cuma awak. Kerana awak Bo Tiak yang tidak pernah mencuri laici dan tidak sempat menari dengan Tinker Si Pari Pari walaupun awak tidak menemani saya menggatih basikal ke kedai Pakcik Leng untuk membeli reben.
Miang, saya suka awak. Cuma awak. Kerana awak Miang Mei yang percaya akan saya walaupun saya berjanji untuk mencari sekuntum ros biru yang pada hakikatnya, ianya tiada kecuali mutasi tona warna berlaku.
Kalau dua dua sama suka, apa kata, kita pergi sekali lagi ke kedai Pakcik Leng untuk membeli reben. Boleh saya (Bo) ikat rambut awak (Miang) jadi tocang. Dalam perjalanan ke sana, boleh kita singgah kebun laici untuk meminta seikat dua.
*
Cepat. Naik atas basikal. Saya (Miang) bonceng awak (Bo)..
Cepattt.
^tamat^
3 comments:
ada berapa episod nie.
cepat2.sambungan!
bo tiak mana ni. bagi nombor ic. berani menyamar ye. bo tiak tengah tidur.
*
habis dah. tu lah penamat dia.
:)
bo tiak yang tak boleh duduk diam. kerja utama merantau. sambilan makan.
sila sambung season 2.
Post a Comment