Thursday, October 21, 2010

CUBA TEKA SIAPA SAYA.

.






hai. saya Confused.
pagi tadi saya breakfast, makan cheerios. ala, takkan tak tahu?
buka berita tv, ah. mulut tak boleh diam, itu ini serba tak kena. apa lah nak jadi dengan dunia.
mandi pagi. sejuk. gelap, gelap. dan mata dah mula mengantuk.

hai. saya Confused.
sejuknya cuaca, lantaklah apa orang kata, saya capai gloves dan sarung.
bukak baju, letak tepi, takut-takut angin malam gigit dalam mimpi.
siapa yang ingatkan tidur biar beralas dan berbaju?
saya juga.

saya juga yang tak dengar kata.
laparnya. dan mengantuk. selamat malam, moga tak mimpikan gadis cina.


betul, saya Confused.
sedang bibir terketar-ketar mengayuh basikal, saya mimpikan diri sendiri.
terjoget-joget tetapi saya masih mengayuh.
air liur tumpah. malunya. rindunya.

Confused.
malam itu saya makan spaghetti, tetapi rasanya nasi lemak.

saya minum susu, rasanya bercampur-campur.
habislah. sakit perut saya.
selesai makan baru saya terfikir, apa gila pak cik jual nasi lemak kata muka tak mandi.
dah mandi tahu, pagi tadi. tadi.
pagi?


saya lah.
saya, mengantuk. penat. Confused.
tetapi tetap gagah basuh pinggan, bancuhkan air, drive ke sana sini.

pokok taugeh sihat. alhamdulillah.
bertemu dalam mimpi.

saya pernah makan kacangnya, tetapi masih hanya mampu bertemu dalam mimpi.


dan serak-serak suara saya bila petang, bila matahari mula pergi.
macam menangis. macam sahaja.



selamat pagi dari saya, Confused.
saya hidupan dua alam.
kacukan kambing gurun dan bebiri.
dua-dua ada, sama dominant.




saya Confused, sedikit gila.
bahagia.






.

3 comments:

Hattarazian said...

sme post2 kamu sgt2 memerlukan pemikiran diluar kotak pemikiran..tp best dan menarik..mesti orgnye lagi sukar utk dikupas dan diramal kan..hm..masih berusaha mencerna setiap post2 kamu..

Aizuddin Jaafar said...

Mungkin kau memerlukan gadis. Ya, gadis yang mampu memadam kekeliruan itu.

Bukan yang menambah lagi lukisan kekeliruan itu.

fatah85 said...

hatta- selamat. :)

aizudin- kau bijak.