.
Petang tadi ditakdirkan Tuhan, saya terkebil-kebil. Dan saya tertanya-tanya pada diri sendiri, di mana saya? Dan saya jawab pada diri sendiri juga (konflik dalaman), saya tidak ada di mana-mana kecuali di sini. Oke lah kalau begitu. Saya capai beg warna vanila dan sarung selipar biru untuk keluar daripada bilik yang sesak tidak berapa lapang untuk bernafas.
Cadang saya, mahu duduk-duduk di luar. Ambil angin yang tidak berapa mahu bertiup. Mungkin kerana bila hujung tahun, angin dan kawanannya (termasuk langit, kepul awan, dan semua di syling bumi) menjadi malas dan nazak untuk bertiup dan rajin mengembara.
Malas dan lambat. Macam leptop. Leptowp.
Mungkin mereka lebih berminat untuk menjadi butir salji. Tapi saya peduli apa sangat. Selepas beberapa pembedahan, saya jadi makin oke. Tidak lagi alergik terhadap matari. Asalkan ada selipar dan aspirin penenang dua butir, saya tetap akan berjalan. Angin nazak atau salji berbutir, saya tak kisah sangat. Peduli apa kan? Jadi petang ini, saya ambil keputusan untuk duduk. Mencari bangku di bawah pohon apa entah. Duduk juga akhirnya. Lega punggung kerana dapat duduk.
Saya buka beg. Ada satu kamera yang saya beli pada bulan Julai. Saya ingat tarikh penting. Saya cabut perlahan-lahan kanta asalnya, saya ganti dengan kanta telefoto. Petang yang panas dan nazak sebegini, pasti akan ada dua tiga biji beri biru yang akan jatuh kerana terlebih masak. Yang belum sempat beburung capai, saya akan tangkap gambar momen kejatuhan beri biru dengan menggunakan kanta telefoto. Cukup lembut. Jatuh. Ke. Tanah. Yang buruk akan terpenyek. Yang muda-muda lagi, akan bergolek mencari tanah untuk bercambah bila esok datang.
.
* Esisten, kelas bahasa inggeris esok seperti biasa. Silabus pertama biar saya tetapkan ya? Tajuk dia, "Jelaskan Biodata Diri Anda." * Saya pilih tajuk tu, sebab senangnya lebih lagi berbanding TOUFU (toefl).
.
3 comments:
salam singgah,
jenguk juga laman puisi saya
Jalan jalan ambil gambar yok!
azam - ha ye.
abgdin - bila ? bila ? 27 ni masuk uitm dah. :)
Post a Comment