Butang SATU
“Butangkannn haaaati akuuu yannnnggg telanjannnnngg.”
Lolongan aku tidak mengira jantan betina jantina orang yang lalu lalang di hadapan. Tak ada seorang pun yang sanggup berpaling (aku tidak berharap). Sombong. Kalau berpaling pun sudah tiada, masakan pula ada yang sanggup senyum sepertimana seupih senyum seorang puteri kasta teratas ketika lilin ditiup semasa sambutan hari jadinya ke delapan belas.
Dengan batangan lilin-lilin serba lip lap dan gelak tawa rakan-rakan. Ketika itu yakni tanpa ambil tahu walau secebis, aku sedang teguk milo pekat berketulan ais.
Gelas tidak berpeluh menembus, aku tidak mengeluh sehembus. Kita masih tidak telus untuk berbicara tentang gula dan garam. Kita tidak fasih berbicara tentang beras dan lain lain lain. Bla bla bla.. Sombong ‘kau’.
.
No comments:
Post a Comment