.
Setiap pagi, sebelum Subuh mengetuk pintu-pintu bilik dan memanggil untuk mengarahkan aku berdoa, aku akan bangkit dari tidur. Walaupun juga sebelum suara Abang Mikel mengalunkan lagu yang bertajuk 'Rumah', aku pasti bangkit dan mencari arlogi yang selalunya aku letak di sudut katil di tepi kepala. Selalunya, dia akan terjatuh gedebuk ke lantai. Aku bangkit dan duduk menghadap dinding di hadapan dan cuba menjeling ke langit atas (yang penuh dengan janji janji Tuhan) yang masih gelap biru biru ungu melalui celahan tingkap yang hawanya, menyejukkan setiap kulit yang terdedah. Apa yang lebih sejuk berbanding langit pagi bulan tiga? Ialah senyum dalam almari.
.
1 comment:
Jangan sampai bersembang dengan almari ya.
Post a Comment