Friday, April 01, 2011

BOLING.

.


Pagi ini, aku dengar lagu 'My Sharona'. Entah apa yang dirancakkan oleh The Knack, aku tak berapa pasti. Yang aku dapat pasti, selepas ini, lagu yang akan bermain ialah lagu 'My Suzana'. Lagu-lagu lama berleretan dan beratur untuk terus bernyanyi. Tadi selepas makan jari bersama kaya, aku baca berita. Berita naik turun. Kadang rancak. Kadang landai. Seperti tempo lagu 'On My Radio'.

Esok lusa entah bila, aku nak beli kasut baru. Warna kuning kunyit. Buatan negara mana, aku pedulikan. Yang penting, aku tidak mahu air masuk lagi dan menyentuh kulit kaki aku. Itu yang kedua. Yang paling utama, aku nak tiru sampai aku tua. Aku nak melawan mata boling sampai bila-bila.



.

No comments: