Friday, May 20, 2011

TIGA BU-KU YANG AWESOME DAN SAYA IALAH....

.


Nak khabar, minggu depan tak ada pagi pun oke sebab minggu ini sebelum dua puluh Mei, paginya dah merangkumi pagi minggu depan sekali. Mataharinya naik cantik sekali. Kereta beratur cantik sekali. Pokok berayun longlai sekali. Semuanya teratur. Dan cantik kemas sekali. Jadi, semuanya sekali. Tiada kali kedua dah untuk hari ini. Jadi saya keluar tidak berbaju, menunggu seseorang. Semua yang cantik sekali tadi, saya perhatikan dengan mata saya. Saya buka aperture mata saya paling besar, f/1.7. Telinga pun saya capangkan supaya dengar bunyi derum-derum..

Saya masuk, buka leptop dan mencari satu ikon. Saya tekan dia dan mula berlatih menaip. Bakat menaip saya, saya akan pakai untuk mencari kerja bila besar nanti. Juga saya akan mengalahkan orang besar dalam bidang taip menaip ini. Siapa dia? Spender apa dia pakai? Itu saya ketepikan kerana saya pasti, dia hebat menaip dan cantik sekali. Walaupun dulu dia laki-laki.

Jadi berbalik, pagi ini cantik sekali. Sekali cuma hari ini. Hinggakan posmen-posmen yang lalu dengan motor merah putih biru mereka, saya sangkakan mereka merpati yang berpakaian beragam. Walaupun semuanya laki-laki, saya nampak mereka cantik. Ada lesung pipit. Kulit wajah flawless. Dan berbibir mekar tidak merah terang sangat.

Saya tak ucap terima kasih pada cik posmen kerana terima kasih saya, sudah melayang dan laju. Tumpat dengan segala perasa. Awesome. Tuhan, hari ini, awesome. Very good. Saya ada tiga bu-ku yang awesome. Awesome.



yang benar,
buzzlightyear.

to infinity and beyond.

.

1 comment:

Afe Oth said...

Hello Buzz Lightyear,

Saya pun awesome.


Yg berotot,
enonimos.