-----------------------------------------------------------------------------------
Dan pada satu syawal kali ini, bukan saja burung-burung galak melayang kerana cuaca elok, tetapi aku juga. Tidak kalah berbaju Melayu berwarna pelangi ala-ala kek lapis Sarawak manis-manis masam, aku terus-terusan bertakbir memuji Tuhan, memuji kuasaNya, memuji cintaNya, memuji kasihNya, memuji kesempatanNya, memuji kemurahanNya, memuji keindahanNya, memuji kesempurnaanNya dan aku mabuk memuji lalu terlentang di bawah langit biru hijau velvia. Akibat mabuk memuji, aku terpuji diri sendiri dan senyumku dan galakku diperhati burung-burung yang galak melayang sekali.
----------------------------------------------------------------------------------
SALAM LEBARAN HARI DUA.
-------------------------------------------
6 comments:
baju pelangi. fuh. :P
salam lebaran fatah.
afefuh.jeles? ;)
usamah.lama tidak ketemu.salam lebaran untuk kamu.
kek lapis lagi sedap dari baju kau fatah.
HAHA.
^___^
salam lebaran.
( ;
selamat hari raya.nnt jgn lupa bawa kuih raya dan ketupat skali:-P
aishah - kek lapis sarawak sedap tu. pos sini satu. yg warnanya pelangi ya. haha. salam lebaran. ;)
basyir - haha. salam lebaran. aku bawak coklat banyak2. kat rumah hamper bersepah. ;) terpaksa bawa balik tempat pelupusan (rahmanputra). kah kah kah. ;)
Post a Comment