Tuesday, October 06, 2009

TASIK LAICI.

21



tangan kanan genggam orkid,
tangan kiri genggam pisau tajam,
tanpa paracut,
tanpa pelampung,
aku terjun dari jet,
mahu tenggelam dalam tasik laici (manis),
menyelam mencari hati merah jambu,
yang dulunya warna pekat darah beku,
dan,
kalau-kalau ketemu,
aku mahu belah dadaku sendiri,
dengan pisau tajam (pisau potong jasad beku),
mahu simpan hati merah jambu dalam rusuk belah kiri,
mengganti hati pekat darah beku,
dan ingin terus hidup dan,
lemas dalam tasik laici (manis) dan,
selama mungkin..



[ tasik laici bertempat di bulan ]


*trip ke bulan ditutup (tidak pernah dibuka)*

*ini kesinambungan dari kembara ke bulan (20)*
*siapa yang komen, aku hadiahkan sejambak orkid dari bulan*

*..maka, selepas ini, kalau kau pandang bulan,
kau akan nampak aku berenang,
terbang dan melompat bagai kanggaru sawan..*







*tamat*

------------------------------------------------------------------------------


MAAF KAWAN, ORKID DARI BULAN TELAH ROSAK.
TAMAN ORKIDKU DICABUT POKOKNYA.
DARI PUCUK KE AKAR TERCABUT.
TAPI TIADA TANAH YANG DISODOK.
TAMAN NAMPAK OK.
POKOK-POKOK HILANG.
MUNGKIN BUATAN SEMUT API.

UHH.
MAAF KAWAN.



-----------------------------------------------------------------------------

15 comments:

Afe Oth said...

encik kanggaru!

komen sudah, orkid nye mana?
lalaa.

Anonymous said...

aneyh!
orkid satu!

mr kay said...

mau orkid jugak..huhu

lain kali bawak aku juga ke taik manis tuh

Aizuddin Jaafar said...

Dari awal aku baca entri ini. Aku tertanya-tanya untuk apa orkid itu.

Rupanya untuk aku.

aliaa said...

komen.

dah.
aku tunggu orkid bulan.

air effects said...

nk cairkn hati yg beku kna + dgn 1 lagi hati lain ?? oo baru tahu.. kalau bocorkn saja hati boleh? hmmm

jika berbeza orked dr bulan berbndng orked dr bumi ak mahu.jika tidak sekian trimas.

fatah85 said...

afe - adakah kau semut api yang mencabut orkid-orkid ku?
huh.

goh - orkid rosak. dirompak.

pong - tasik*. hahaha.

si aizuddin - tanda penghargaan. tapi sudah dirompak. alahai.

aliaa - takperlu tunggu. orkid dirompak. hilang semua. haish.

syazana - mana boleh bocorkan hati. injap jadi lemah tak berfungsi nanti. haa. nanti mati. beza sekali, tapi malang, orkidku hilang. dirompak. esh.

air effects said...

ak prefer hatiku dibocorkn biar keluar semua darah beku dahulu kemudian ditampal baikbaik..biar samasama cair.biar cepat meresap bersama nnt..hah ha.
=)

tp mungken kau prefer osmosis berlainan kepekatan..tidak mengapa.itu hnya preference semata.

report polis!

AISA. said...

aku menjadi semakin biola bila membaca entri kau.









ke aku yang menyelam dalam ni? huh.
aku nak orkid depan rumah aku sekarang.
pukul dua belas malam takde aku bom taman kau hahahahahaha.


yang ikhlas, saya debiru hensem.

fatah85 said...

syazana - preference kau menarik. aku suka. hahaha. bocorkan hati, tampal kembali. berparut. oush. taman orkid kat bulan. takde polis lagi. nanti lain hari, aku report polis. fuh.

aishah - biola. wah. kenapa tak jadi tong dram? haha.semua yg baca mungkin menyelam lebih dalam. mungkin semua akan turut lemas dalam mencari makna. kesimpulannya, gunakan pelampung. ;) nak bom taman orkid? bomlah. taman orkid ku di bulan. nun di sana. debiru hensem.fulamak.

Anonymous said...

salam..
meggaru kepala bagai kanggaru alzheimer..
membayangkan orkid bulan..
lg cantikkah dr orkid bumi?

kalau tamanmu bercambah semula,
beri pada kami sepuluh..
:)

air effects said...

berparut baru machoo.ada kesan bukti di SANA.hah ha.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

pandai sungguh kamuu fatah.

melarikan diri dari memberi orchid bulan.
tiba2 sahaja salahkan semut api rosakkan bunga itu.

ohh..kamu memang pandai!

*nanti sakit kencing manis kalau berenang dalam air laici. eii..melekit2. tak best!

Afe Oth said...

dipercayai:

orkid orkid dilihat bergantungan di sekitar kota bulan,
menghiasi sekeliling tasik laici.
berseri seri.

(selesai misi si semut api)

fatah85 said...

amie - berbunga seumur hidup sekali. tgklah nanti kalau ada peluang, aku akan mati hidup kembali. ;)

syazana - macho letak nombor 2. cukuplah parut di bibir. hahaha.

handhalah - itu taktik namanya. heh. jangan takut manis kerana awal2, manis menguntumkan senyum. ;)

afe - ohh. begitu rupanya. ingin menghias tasik laici. ohh. -tamat-
B-) lepas ni, aku pasti, lagi besar misi si semut api. aku tunggu. hahahahaha.