Friday, April 09, 2010

RAMA RAMA FUJI (KESINAMBUNGAN)

00030


*

setelah berkonversasi lebih kurang 10 minit, baru saya tahu yang rama rama ini bukanlah rama rama sepenuhnya. Kisahnya bermula apabila professor yang menemuinya telah memasukkan data ‘bom jangka masa magis magis’ ke dalam gen nya.

Konsekuensnya, rama rama itu boleh meletup bila bila masa. Ah.

Tidak kira siang, atau waktu hujan, waktu sedih atau gembira, waktu makan atau terbang dan boleh juga waktu tidur. Kebarangkalian untuk dia meletup tidak dapat dijangka oleh siapa siapa. Dan bila rama rama meletup, cebisan daging badannya boleh membawa akibat yang sama jika terkena pada kulit yang terdedah.

Dan itu yang membuatkan rama rama tadi menyebut ‘tapi’…

Saya panggil pembantu saya yang bila saya mahu petik epal, saya panggil dia. Dia datang dengan bakul yang penuh dengan epal di tangan kanan. Saya menawarkan diri untuk menolong kerana kudrat seorang perempuan tidaklah mampu kudrat seorang laki laki dalam bab fizikal. Tapi dia tidak mahu. Oh, saya lupa. Dia gagah dan perkasa.

Saya bercerita tentang rama rama. Dia mengangguk dan akhirnya membuka mulut bersuara dengan memberi cadangan.

*

Kita bela sajalah rama rama ini.

Tak takut dia meletup?

Kalau dia meletup dan kita terkena infeksinya, kita pun boleh meletup, kan seronok.

Tapi, kalau dua dua meletup pada lain lain waktu. Kan sengsara itu.

Hey hey, kau tahu tak, adam dan stacy bergabung baru meletup?,
dia kata senada berbisik.

Tapi aku bukan adam dan kau bukan stacy.
Haih., aku melepaskan keluhan.
Berat.

*

Belum sempat aku menyambung keluh, pembantu aku patah pulang. Sebelum pulang, dia sempat menguntumkan sengihnya pada aku. Aku tak faham tapi terang terang aku tahu, aku bukan Adam.

Rama rama yang dari tadi di hadapan aku, terus mengunyah epal fuji. Sudah masuk 15 biji dia makan. Itu bermakna, buah buah yang di bahagian rendang, sudah habis dia makan. Pelahap. Tapi dia cantik.

Aku kata padanya, aku mahu juga berkawan dengannya. Dan aku mahu belanya. Aku tak kisah akan letupan kerana aku yakin, dia (rama rama) ialah satu penciptaan Tuhan yang ajaib.

Dia senyum. Senyumannya lebar. Lalu dia terbang dengan sayap birunya. Dan belakangnya mengeluarkan debu debu ajaib. Berkilat seperti glitter. Mengeluarkan bau yang paling wangi. Tona warna yang paling indah. Bunyi yang paling asyik. Mengelilingi pohon epal fuji dua kali berturut turut, lalu dia meletup.

Hancur luluh daging nya. Kepaknya berserakan. Kakinya bertaburan.

Dan debu ajaibnya, membuatkan aku bersin bersin dan buat pembantu aku gatal gatal hidung setelah aku dengar dia juga bersin bersin dari jauh.

Seraya dengan itu, semua di sekelilingku berubah. Menjadi yang paling wangi, paling indah dan paling asyik. Rumahku menjadi istana emas, epalku menjadi sebesar tembikai cina, langit menjadi biru sebirunya, matahari cerah oren yang tidak terkata, angin menjadi dingin tidak keras sejuknya, burung burung terbang dan putih bulunya, rumput menjadi hijau segar klorofilnya dan aku menjadi kacak sekacaknya (seperti adam), dan aku beharap, pembantu yang mengutip epalku, tidak menjadi seperti stacy.

Akhir akhir, aku mengutip sisa tubuh rama rama, aku tanam bawah pohon epal fuji. Tanda penghormatan. Harap harap, bila hujan nanti, janganlah hilang debu debu magisnya. Aku mahu terus begini.




^tamat^

8 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Stylo! I like it.
Rama-rama magis, epal fuji, pembantu gagah. Ok la. Yang aku tak boleh terimanya bab adam stacy tu! Haish

aliaa said...

dah2. aku dah nampak attempt korg utk bergabung hari tu di burger. tak2. tak meletup pun. :P

Afe Oth said...

tp...
kau bukan adam.

adoih. :P

AISA. said...

kah kah kah adam dan stacy kah kah kah.


*terkesima kejap*

asrihashim said...

hmm...

warna kehidupan yang menarik.
ada keinginan dan usaha.
teruskan usaha.
magisnya takkan hilang.

fatah85 said...

aizudin - terima kasih. tapi, adam dengan stacy bukan ke artis hawt (hot) sekarang ni? itu pasal aku donlod lagu, aku beli album. hahaha.

alia - eleh. tu training la. bukan betul2 punya. eleh. eleh.

afe - aku bukan adam. haha. aku cuma laki laki yang kadang kadang takutkan cermin. opss. B)

aisa - suka jugak la tuh lagu ni kan. kan. :P

risham - :) :)

hnshzk said...

^________________________^
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaah~~

terpegun sekejap..
aku tak dapat baca maksud tersirat,tapi tetap saja,
ohhh indah............

fatah85 said...

ica - indah. auh. terharu. sungguh.