00069
Tadi petang, aku mahu menjadi seorang pemikir tetap di tepi lengan engkau. Sebelum sempat untuk menjadi itu, aku kemalangan dalam sebuah bas. Treler di belakang, meletup dan api membuak-buak seperti neraka. Dan ketika itu, engkau dalam tren yang enak berpusing di bibir bandar.
Sebelum kemalangan, aku terima sepucuk surat. Aku membaca selepas mengoyakkan sampulnya. Warna putih sampul, tidak bersetem, dan aku terima surat itu semasa di dalam bas.
"Aku di Kuala Lumpur. Sarat dan menyesakkan. Yang benar, Engkau."
Cuma seringkas itu kata engkau. Sejurus selepas itu, aku mati dalam kemalangan. Mati. Mati ya Tuhan.
Aku, tidak pasti malam ini. Jika basah pipi engkau dengan air mata, engkau tahu, habanya sampai ke pipi aku yang beku. Dan berhangatlah kita dalam setitis air mata yang seberapa.
Jangan menangis.
^tamat^
No comments:
Post a Comment