Friday, July 16, 2010

MEDINA BUNGA CINTA. (2)

00066


Susu telah sejuk dan pucat akibat dinodai hawa sejuk dari dalam bilik yang berhawa dingin. "Maafkan saya tuan, tuan kenalkah akan gadis ini?" Aku menunjukkan sekeping gambar kepada tuan kedai. Ada dua perempuan. Satu umur sudah lanjut dan satu meningkat remaja. Dalam gambar juga ada satu kerusi dan berlatarbelakang kan tabir biru.

"Sekejap sahabat. Saya ambil kaca mata. Mata saya rabun amat."

Umurnya tujuh puluh tahun dalam kiraan aku. Gambar-gambar hitam puteh yang tergantung di dinding kedainya membawa kepada taakulan aku. Yang umurnya tujuh puluh tahun. Tidak lebih. Tidak kurang. Kerusi tinggi tempat aku menggenyeh punggung, aku pusing-pusing kan. Melihat sedalam-dalamnya kedai tempat aku minum. Perabotnya ala inggeris. Jati puteh. Kemasan di silingnya dihias dengan lampu gantung mentol bulat. Dinding penuh dengan berbingkai-bingkai gambar dan sijil.

Ada satu gambar, seorang laki-laki berkemeja kemas di samping isteri. Mungkin itu gambar tuan kedai. Aku menaakul lagi sekali. Selepas aku meninjau dalam kedai dan hiasannya, aku beralih melihat kepada botol-botol yang tersusun rapi atas rak. Botol kaca. Dalamnya ada pasir. Pasir yang berlapis biru, hijau, merah, puteh. Dalamnya ada satu nama. Mungkin nama anak tuan kedai, atau isterinya, atau juga mungkin kekasih lama. Boleh jadi, memori lama yang diberi nama, dan dizahirkan dalam bentuk pasiran.

"Haa. Hulur kan gambar tu. Biar saya lihat elok-elok."

Aku yang sedang berjalan di atas pasir di dalam botol, terjelupuk jatuh kerana terjahan suara tuan kedai. Dan semasa berjalan tadi, mata aku berair kerana ribut pasir di dalam botol. Oh ya. Aku mengelamun lagi. Cinta yang sarab. Cinta yang sarab.

"Kalau tuan kenal dia siapa, harap dapat diterangkan siapa dia."

"Jujurnya, mana engkau jumpa gambar ini?"

"Emm...."




^bersambung^

No comments: