.
Kerana cemburu buta, bayu jantan datang menyapa alis matari. Dan menyepetkan mata matari sikit sikit sebelum dia layu dan terkulai di atas leca berupa awan petang. Berkekabu dan selesa. Sambil manusia di atas Gunung Mat Chincang, memerhati dan bersedia untuk menikam bayu jantan, takut jika apa apa yang tidak diingini berlaku. Bayu berlalu. Kerana itu ketetapan dia. Ketetapan dia.
Berlalu dan menyapa pula rambut rambut. Bertebaran. Ada yang jatuh atas daun daun berdebu. Ada yang terus terbang dan mungkin jatuh tercium laut luas dan gelap. Ada yang jatuh atas batu keras berlumut. Dan tak kurang juga ada seurat dua yang termasuk dalam poket. Lalu dibawa pergi juga. Berlalu.
Bayu berlalu. Rerambut pun berlalu.
Izinkan aku pergi. Aku matari. Akan terbenam di belakang pinggul Gunung Mat Chincang. Aku yakni matari tidak kan selalu selesa seperti leca berkekabu yang berupa awan petang. Maka, aku pun berlalu juga. Perlahan lahan. Bersembunyi di balik belakang pinggul Gunung Mat Chincang. Dan terus turun, menuju ke dasar laut seberang sana. Hilang aku, maka, Gunung Mat Chincang pun, bergelita lah dikit dikit.
Lain hari, ada rezki datanglah lagi. Bawalah pen, kertas dan satu tin gula gula Fox (takut pening). Catit satu satu kisah dari A hingga Z (zi bunyinya). Dan jangan lupa, bawa sebelah lagi paru paru. Pastikan wangi. Barulah lengkap, bagai kitaran matari terbenam di Gunung Mat Chincang.
Aku ada dan tidakkan berlalu seperti bayu, rambut dan matari. Berkisahlah.
.
2 comments:
'Akan terbenam di belakang pinggul Gunung Mat Chincang'
comel. dan gbr boo di sebelah tu pun comel. sy suka boo tu. sbb tu tedi bear sy pun nm boo. boo!
http://ilhamadilah.blogspot.com/
bertukar url..
Post a Comment