Sunday, September 26, 2010

DATANG SEORANG PEMUDA BIASA.

.




Datang seorang pemuda biasa, dipercayai ketua untuk orang-orang muda dari sebuah kampung yang katanya (pemuda biasa) kekurangan itu ini.
Datangnya mahu minta laptops, kata pemuda biasa itu "orang-orang muda kampung saya mahu berfacebook."
padahal selama ini tak pernah permintaan seperti itu tercapai.
padahal sudah berpuluh kali muka yang sama datang meminta.


Boss yang masih lagi baru itu berkata, "baiklah. baguslah. minggu depan orang-orang muda kampung awak boleh mula berfacebook. baguslah!"

Pemuda biasa lantas, pengsan. Aduhai.
Tapi tak lama, sebaik sahaja dia terjaga semula, dia tergagap-gagap mahu bersuara.

Boss baru berkata lagi, "facebook penting. mungkin ada orang muda kampung awak yang bercinta jarak jauh.". Entah dari mana datangnya air, tertitis satu dua atas pipi boss baru itu.



"Terima kasih!!" , untuk kali ke berapa entah keluar dari mulut pemuda biasa sambil melangkah keluar bilik.

"Emm..tunggu!"

"Iya?", spontan pemuda biasa menyahut suara boss itu, nasib baik dia tak pengsan lagi.

"Kamu tahu mana boss lama kamu pergi?"

"Cuti, cuti bersalin (nada perlahan). Tuan yang kata."


Dia lupa. Dia bingung.
Dia yang hebahkan bahawa boss lama sedang cuti, bersalin.
Langsung tak masuk akal untuk mengatakan seorang lelaki cuti bersalin.
Tetapi orang ramai, termasuklah pemuda biasa itu, menerima. Terima saja apa orang-orang besar katakan.
Percayakan sangat apa saja yang dikeluarkan oleh mulut-mulut yang pangkatnya tinggi-tinggi.
Bodoh.

Dia lupa. Dia bingung. Dia rindu.
Muncul lagi air di pipi, kali ini lebih lebat.













.

2 comments:

asnawi ariff said...

nangis

hanis jenon said...

err. hai fatah. xfhm post ni. ak xde krdt nk rply msj kau. sori. hee.