.
Hijau. Kampung berdenai tempat Joni turun dari teksi ini, hijau. Macam warna sarung telefon. Hijau pucuk pisang. Ada banyak pokok. Kiri kanan ada pokok. Tanah merah. Tiada tar. Becak memanjang.
Mungkin semalam hujan maha lebat di sini. Sebab itulah jalan bertukar menjadi becak seperti bibir budak setahun umur. Berair. Dan pokok hijau, seperti berpeluh-peluh. Angin datang dari arah belakang dan meniup segenap ruang hidupan yang ber-Tuhan. Termasuk Joni. Semua jadi terangguk-angguk dan mengeluarkan bunyi berdesir. Shuuuww. Shuuuuww. Seperti juga pokok-pokok ini tunduk dan sembah apabila terkena angin dari arah belakang. Pokok yang terangguk-angguk (dan berpeluh) serupa betul seperti atlet yang baru habis berlari dan tercungap-cungap mendambakan udara laju masuk ke dalam dua belah paru-paru. Kembali segar. Dan hijau.
Setiap langkah Joni, becak terpercik. Terkena kaki seluar jins mahal. Jadi merah kaki seluar Joni. Ada kesan lumpur pada tapak kasut. Joni buat-buat tak tahu kerana fikiran dia lebih tertumpu untuk kembali ingat pada satu perkara lama yang sudah lama dia tinggal di belakang. Sungguh lama. Lebih kurang lapan tahun sudah berlalu. Joni lupa. Tapi sebetulnya, hijau pokok dan merah becak ini, dia pernah pijak satu masa dahulu. Ingatan dia sikit-sikit datang. Ada yang turun dari langit. Tidak kurang juga yang datang dengan menaiki teksi. Sama dengan cara Joni datang.
"Ponn Ponn. Joni. Joni. Tungguu. Waiitt."
*bersambung*
2 comments:
Bersambung, bung, bung, bung.
abgdin - tak ada spirit nak sambung.
Post a Comment