Saturday, November 20, 2010

JONI JUMPA KAWAN.

.


"Piyu piu piyu. Beng beng. Piyuw." Joni tak kisah jika orang nampak dia seperti tiga suku. Orang kata, dia seperti anak-anak yang degil. Tak kisah. Yang dia tidak mahu orang lain tahu ialah, dia di dalam kesunyian yang bengis. Dia mahu sorok itu.

Tadi Joni ambil bas merah, pergi ke kota. Kota yang sibuk dan racau. Kota ialah tempat paling ulung untuk menyedut asap kenderaan terbaru. Penuh dengan orang Indonesia. Sesak dengan perempuan Myanmar. Ada berjuta jenis jam yang dijual di kaki lima yang tak lenguh-lenguh berdiri menarik pelanggan. Mai mai. Jam murah (ulang). Macam-macam ada. Yang tak ada pun ada. Ada.

Joni jalan seorang dengan kamera yang sifar. Dia tidak tahu hendak ke mana. Dia beli air tebu dan duduk melihat orang hisap rokok. Kotak rokok hijau ada gambar landasan keretapi. Asap nampak macam jin Aladin satu tocang. Berkepul naik dan Joni ingatkan asap itu akan bertukar menjadi jin yang mampu kabulkan tiga doa dan akhir-akhir, itulah. Podah. Ponggey.

Serta merta, Maghrib datang. Joni tak balik rumah lagi. Iya Maghrib itulah Joni terkesima seribu diam. Kerana semasa dia tercongok melihat asap rokok, dia nampak laki-laki tak berbaju melambai. Melambai terus pada papan tanda wayang gambar, "Monster Inc." Mesti laki-laki itu pun sunyi petang ini. Macam Joni.

"Pon. Pon. Pin. Ponn."

Joni jumpa kawan.


.

2 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Joni, maghrib maghrib syaitan banyak merayau.

fatah85 said...

abgdin - joni sebak.