Thursday, December 09, 2010

MELAWAN "MAAFKAN AKU".

.

MELAWAN "MAAFKAN AKU".

.

maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan derhaka.
dengan jari jari.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.

maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan menyalahkan.
dengan memborbardir kata.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.

beburung merpati puteh,
saksikan aku angkat sebilah tangan,
dan pancung luluh,
angan angan,
orang lain.

maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan menguburkan.
dengan peduli apa.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.

maafkan aku.
kali ini aku melawan.
dan melibas.
dengan cemeti rasa.
aku derhaka.
kerana kali ini aku melawan.
maafkan aku.

ular hewan bisa naga,
saksikan aku keluarkan sepadang lidah,
dan tutup mati,
lidah lidah,
orang lain.

maafkan aku..


.

2 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Kenapa boleh aku ada segumpal bersalah dalam hati bila terbaca ini.

fatah85 said...

abgdin - biasalah tu. hm.