Saturday, August 21, 2010

YA SUDAHLAH.

Skafolding Jambatan Ke Seberang.





* sedang sedang saya refresh refresh FB untuk tahu khabar berapa daun tumbuh pada pohon tauge? (tanda soal), saya tertekan pautan ini pada FB Zulhabri. Oh ya, dia kepala Frinjan. pernah ketemu dan sembang. orangnya kecil, tapi ramah suruh saya beli buku.

* dan saya rasa, lagu ini memang datang untuk saya yang sedang mengasing gula daripada dimamah semut. kepada semut, aku tak kata kau sial. kerana kau semut. memang makanan kau gula. hidup semut. aku penyek saudaramu pun, kau terus jalan dan menyonyot gula sebutir sebutir. hidup semut. masakan aku kalah dengan kau semut. aku insan. ada akal. engkau hewan. tapi, bukan salah sekali sekala, berguru dengan hewan. macam kau. walaupun kau tiada akal. oh silap, bukan tiada, cuma kurang.

* ya petang ini, saya bercadang, ingin buat satu 'skafolding' jambatan untuk ke seberang. yang kukuh. ini saya tidak pernah rancang. tapi biasalah. esok masih ghaib dan suprise. harapnya manis dan sejuk macam slurpee.

* pagi pagi icy, petang petang spicy, akan bersambung lain hari. akan bersambung.

* afeshuhaida, nantikan lain projek mega akan datang. kalau posmen penat. kau pulang dan ambil dari tangan aku. aku tak mampu pergi. kerana aku ingin kumpul duit. beli filem. :P

* oh ya, saya rasa, inggeris saya teruk.



^tamat^